Selamat Nemuai:

BERANDAU DITU :

Jan 15, 2013

SONAMU...ukiran tak seindah nama.

2013 menjelma...tak terasa pulak. Terlalu cepat masa berlalu, 365 hari berlalu tanpa memperdulikan sesiapa. Putaran jam tanpa henti. Siang dan malam silih berganti. MA? 2012 tiada yang aneh berlaku. Ok je. So far so good. So, bye2 to 2012, lets welcome 2013. Memang dah dialu-alukan poon. La ni sudah 15 Jan. Fuuhh. Tanggal 1 Jan juga menandakan usia MA bertambah satu angka. Semakin berusia.Yg penting, happy & setia ;) Hahaha...
Bercerita perihal perayaan Xmas yg lalu (25 Dec), MA cuti satu hari je. Sempat pulak balik kampung halaman konvoi bersama2 dengan kakak2. Fuhhh. Dari tengahari, sampai nye ke malam nye. Luckily,11pm safely sampai kat rumah di Desa Ilmu, Kota Samarahan. Tak ade le acara mabuk sakan. Xmas weeeh. Kesyukuran itu penting.
27-29 Dec, MA berkunjung ke Bekenu,Miri.Ada le, buat kerja sikit. Tolong Band Kimara, buat shoting album Gawai 2013 untuk Berinau Music Studio Miri. Sepanjang 3 hari 2 mlm berkampung di Rumah Panjang Sarang Kenyalang, Bekenu, best. Layanan power daripada uncle,auntie. TQ lah. Ada peluang, MA akan berkunjung semula.
Dari Bekenu, MA menaiki penerbangan terakhir AirAsia, bersama rakan seperjuangan, Wilbert Kamit, Jerry Kamit dan juga Ivy Cats FM. Penerbangan lancar & selamat. Worry le jugak kalo2 flight delay. Pasal MA nak direct ke Damai Puri & Spa, di Santubong.
Akhirnya MA landed jugak di Kch International Airport 10.50mlm. My mertua yg ambik. Pas antar diaorang balik ke Kota Samarahan, MA menjadi pemandu F1, menuju ke Damai Puri. Vrooommmm!

Yang ini Profile Photo untuk Fbook MA, Jan 2013...nama User pulak pun dah bertukar daripada 'Ultraman Kuasa Angin' kepada nama sebenar. Ok le tu......

Lupa ler pulak nak story persiapan 2 orang Taiko ku untuk sesi tadika 2013. Siap antar pegi Barber. Fesyen rambut, more a less sama je untuk si Abg & Adik....not much complain. Janji pendek. Hahahaha.

 Selepas saloon......hahaha. Ajak diaorg pergi mengalas perut di tengahari.....Ronda2 tHe Spring. Terjumpa la pulak satu corner yg kiut-miut, dihias ala2 negara Barat. Ok le jugak, untuk sesi fotografi. Richie dengan aksi 'aku budak 17 tahun....'. hahaha.

 Si Ryan cool je bila diambik gambar.
Jemputan sebagai Emcee (Pengacara Majlis) juga tidak kurang hebatnya sepanjang bulan Disember. Rezeki le tu. Daripada MC, kepadalah Event Planner. Ok le tu..sekurang2 nya MA dah memberikan perkhidmatan yg terbaik dan memberi kepuasan kepada clients. Itu misi utama.
Alkisah....menjenguk Bandaraya Miri 27-29 Dec....berkampung di Rmh Panjang selama 3D2N. Ok ler jugak. Penduduk rmh panjang, siap dengan panggilan, Chapi O Chapi......Hahaha. Ok le tu. Sekurang2 nye dia orang PEKA dgn perkembangan promo stesen radio tempat MA menabur khidmat bakti-CATS FM!
Pantai Bunga...aktiviti di tengahari sebelum keberangkatan ke Kch. Well, aktiviti memanggang berlangsung sehingga jam 2 petang. Panas terik woooo. Hangusssss kulit gua.
Sampai je Kch International Airport, MA meneruskan pemanduan ke Damai Puri. Tengahmlm wooo...sampai bilik lebih kurang pukul 1245am gitu....Panjanggg kaki mengorak langkah daripada kawasan letak kereta Damai Puri, sehingga le ke lobi hotel. Tghmlm beb!
Selepas breakfast, acara bercanda dipantai. Hahaha. Si Ryan & mummy.
Ryan & Richie....bergandingan dengan mem gua. Acara nak ke pantai nih.
Besauuuu nya pensel! Hahaha. Learning is fun, kata kan. Sibuk kawan dengan aktiviti penulisan di pantai.
Mem berlatarbelakangkan Gunung lagenda, Gunung Santubong.
Richie....Segala jenis Ultraman di planet nih dia hafal beb!
Tak tertahan lagi..nak berendam nih....Buka baju dah!
Akhirnya....acara berendam di kolam renang. Dekat je dengan bilik kita org.
Happy gitu...Masa riang-ria bersama Nestle. Hahahaha.
Monyok je muka.....melepas angin kot dalam air..Penyelam paling lama di dalam kolam. Perrrgggh. Tak nak balik.Tak nak balik. Mau nyerr tak terkebas kaki aku dalam air menemani si kecik nie nak pecahkan rekod Bryan Nickson.
Saja je...edit photo ni.
Antara info yg MA kongsikan bersama di laman facebook.com/mathewabu......Luckily, Sonamu semakin lemah, lenyap....Angin Narelle ade lerrr, tapi putaran dilihat di sekitar perairan berhampiran Australia. Terselamat Pulau Borneo!
OK LER BEB...setakat ini sahaja ler entry MA utk edisi pertama tahun 2013. MA sekarang nie kena le bangun awal, almaklum antar anak ke tadika (sesi pagi). Hmmmm.. Berat kelopak mata weehh. Apapun, setia dan bersedia berkhidmat untuk si Ryan & Richie. Semoga kesihatan berkekalan. Almaklum, usia kian menjalar jauh. 
Bakal menjelang, perayaan TBCina...kita berjumpa pada entry seterusnya. OK. TQ kerana sudi follow ruaidjma!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADS: