Sebelum dibawa ke BE, bubu tersebut MA letak bersebelahan kabinet TV diteratak MA di Kota Samarahan, juga sebagai bahan dekorasi dimana bahagian dalaman bubu, MA lekatkan sebijik mentol lampu (dimming light). Alaaaa, idea ni MA copy+paste daripada bubu2 yg sama digunakan di lobi2 hotel terkemuka. Korang tentu pernah nampak bubu ini dijadikan sebagai 'sangkar lampu'.
Dijadikan cerita, time kita orang nak tutup perniagaan BE pada malam 11 Sept 2012 (Hari Selasa), salah seorang daripada krew cafe, ternampak, batang bubu terjulur sedikit. Pada sangkaan awal, kami sama2 mengjangkakan bahawa batang bubu ini telah ditarik secara paksa oleh budak2 nakal. Namun, setelah difikir jutaan kali, kami pulak yg pening kepala. Mana ada malaun yg sanggup panjat tinggi kalau setakat nak 'kacau' bubu. Oleh kerana faktor gelap (sebab kita org malas la nak hidupkan semula lampu kat luar BE, almaklum dahnak balik...), so kita org ambik keputusan, nak CSI bubu ini keesokkan hari.
Hari berikut nya, lewat petang kami sama2 mengkaji kejadian aneh ini. Pelik. Batang bubu memang sah 'memanjang'....Nak kata ditarik secara paksa, namun bahagian hujung bubu (buritan), tiada berubah. Anehkan?
So, MA ambik la Hp MA yg kurang canggih tu, untuk merakam sekeping dua gambar & MA turut 'fokus' bahagian batang bubu yg terjulur. Ini bukan rekaan semata2, namun betul2 terjadi. Fuuhhhh, Misteri Nusantara betuiiii. Sila fokus gambar2 dibawah nih..tengok betui betui weeh. Jeng3....
Perhatikan bahagian yg MA bulatkan (gambar atas & bawah)
Kesemua batang bubu yg memanjang adalah 7 batang. Tiada perubahan sehingga malam tadi (23 Sept 2012). Buritan bubu yg dibulatkan menunjukkan TIADA sebarang perubahan.
Terdahulu,bubu ini MA tempatkan di bahagian siling (dalam BE). Namun MA tukar posisi sekitar penghujung Julai 2012...Disinilah bubu ini digantung, diatas 'counter bar'.
Segalanya belum terjawap. Misteri belum terungkai. Pernah mendapatkan nasihat daripada org2 yg berpengalaman, rata2 mengatakan tidak pernah melihat kejadian seaneh ini. Salah seorang daripada kenalan MA, 'sifu', mengatakan bubu ini membawa petanda yg baik dan positif, namun harus 'diberi makan' melalui upacara ritual. Fuuuuhhhhh. Jeng3. Upacara ini akan MA lakukan dalam masa terdekat....nanti MA kongsikan bersama untuk next entry.
So, kita lupakan seketika perihal bubu yg Aneh tetapi Benar.....Jommm, layan serba sedikit info perkembangan MA.....
MA ke Bintulu 8 Sept, dijemput rakan keras untuk menyertai majlis perkahwinan anak beliau yg berlangsung di Rumah Panjang, iaitu Rh Jimbai, Nanga Kelebu, Bintulu. Stay di Kemena Hotel bersama saudara Timothy Umpok.
Take 5...sementara menunggu rombongan yg lain tiba.
Ini lah muka2 geng keras MA di Bintulu. Hahaha, kanan sekali adalah Cikgu Perry. Bodyguard tetap MA. Gambar dibawah semasa upacara "Nikika Temuai/Ngelaluka Penatai"..ataupun Menerima Kehadiran Tetamu.
Pengantin, Jerry & Cherry.....Masa ni, 8pm....belum bermula upacara minum beer! Haha. Haus nyeeeee.
Belayong.....iaitu keyboardist sepanjang majlis perkahwinan tersebut. MA turut membantu sehingga jam 4am. Wallaaaooow weeh.
Saudara John Kodo...anak dia ler yg kawen tu weeeh. MA bagi dia nama glamer Datuk Seri. Pasal muka dia ada iras2 muka PM, Datuk Seri Najib! Rumah panjang kecoh bila MA kata PM ada bersama sepanjang majlis persandingan. Hahahaha. Apapun, TQ kepada Datuk Seri yg bermurah hati ini. Dia ler yg tanggung perbelanjaan penerbangan Kch-Btlu-Kch MA, tempat penginapan & juga bil beer MA! Hahaha.....
Jejaka idaman ditengah2 adalah rakan separuh keras MA, Mr Simon (hahahaha.......ada jugak ke istilah ini weeeh?)..MA diamanahkan oleh Datuk Seri untuk sama2 menghabiskan cecair yg terkandung dalam botol 1L yg diterbangkan khas dpd Bintulu. So, MA ajak la saudara Simon, untuk sama2 menghayati keperitan menelan cecair tersebut....Huahuahua. (tak la perit mana weeeeh....). Gambar kat bawah, Martel dalam proses utk dirasmi!
Hari tu MA balik kerja, selalu je lalu binatang nie, tapi kesian le pulak. Tak pernah MA kesudian untuk merakam gambar ni. So hari tu, MA tanpa segan silu fokus lensa kamera HPhone MA. Signboard ni betul2 kat hadapan pagar utama Wisma Cats FM, Jln Bako Kuching.
Senyuman mesra semesra nya, dan juga mesra alam.....Hahaha.
Oleh kerana perubahan 'radio program', MA diamanatkan untuk On Air, setiap Ahad, iaitu Cats Ujung Minggu. Boleh le dengar dpd pukul 2pm sehingga 5pm...MA mengendalikan segmen Selebriti Corner, iaitu temubual artis2 tempatan. Yg kecik molek kat atas nih, bukan gelfren MA weeeh! Nama beliau, Eidha, artis dibawah naungan TBC (recording company di Sibu).
MA juga sempat merakamkan gambar bersama Band HEVANCE...Selebriti Corner 16 Sept. Si jejaka separuh hensem disebelah MA, adalah Aldrich ( vokalis), Shaun (rapper, dan juga pemilik Seventh Tribe Studio), yg kanan sekali adalah Johanes (guitarist). Band ini adalah JUARA Anugerah Juara Rentak Ruai@AJARR 2011, yg berlangsung di Sibu bulan Mei lepas. Dia orang terangkat giler dengan lagu 'Aku Nemu'...(Aku Tahu). Kalu nak dengar, sila le cari/search 'Aku Nemu Hevance'.....
Website Cats FM berwajah baru! Sila le klik selalu untuk dengar kita orang weehh. Terkini jugak, kami dapat didengar menerusi streaming radio, aplikasi Android. So far, Android sahaja. Lain2 tablet, belum ye.
OK la dude....MA dah sampai ke penghujung entry. TQ le kerana sudi menyusuri setiap baris ayat dalam Entry ni. Kalu ada komen, usah le segan silu tinggalkan pesanan kat ChatBox diatas tu ye.....Oktober bakal menjelma, menandakan kita dah menghampiri kuater terakhir tahun 2012. Cepat nyeeeer masa berlalu. Aku taknak cepat tua weeeeeh! Hahahaha. Ni kalu korang ada yg memerlukan perkhidmatan Juruacara Majlis/Emcee, sila2 rujuk MA untuk quotation. Mobile karaoke, ataupun Event Consultant, MA juga sedia membantu. Kenapeeee? Tak pecaya. Hahaha....Keterangan lanjut sila emel djma@gmail.com ataupun text/SMS ke talian 014 8825173.